Monday 31 March 2008

SEKILAS PANDANG



Sekolah SRI Johor Bahru merupakan sebuah institusi pendidikan rendah yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Dengan mengabungkan kurikulum bersepadu iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama Johor serta pembangunan insan berasaskan islamisasi ilmu, kini telah mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam dunia pendidikan.
---
Ditubuhkan sejak 3 Disember 1989, Sekolah SRI Johor Bahru telah melahirkan lebih 500 orang pelajar lepasan UPSR dan SPRA, secara tidak langsung telah mendapat sokongan yang menggalakkan dari masyarakat Islam daerah Johor Bahru serta segelintir masyarakat Singapura.
---
Sekolah SRI Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam ABIM Johor merupakan salah satu rangkaian SRI/SEMI di seluruh Malaysia yang terletak di bawah pentadbiran Yayasan Takmir Pendidikan Pusat dan di bawah naungan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), kini perlu ‘bergerak sendiri’ tanpa bergantung penuh dengan kerajaan mahupun badan pertubuhan lain.
---
Oleh yang demikian, kami dari semasa ke semasa senantiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pengurusan, serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selari dengan kemajuan hari ini atas satu matlamat dan cita-cita pembangunan ummah.
Beralamat di No. 10, Jalan Abdul Rahman Andak, kami menyewa kawasan tanah wakaf pendidikan melalui pihak Majlis Jemaah Trustee Kolej Tunku Ampuan Mariam sejak Disember 1989. Tapak asal kami hanyalah 6 buah bilik darjah, 2 buah kontena, dewan, kantin, gelanggang badminton dan sebuah bilik sukan. Tiada kemudahan padang di kawasan tapak ini malah gekanggang badminton juga di dalam dewan sahaja.
---
Setelah 6 tahun kami bertapak di kawasan ini, pelajar-pelajar Kolej Tunku Ampuan Mariam di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Johor telah berpindah ke tapak bangunan sendiri di Taman Johor Jaya. Berikutan itu, atas kekurangan kelas dan sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa murid, kami berpindah ke tapak baru di atas lokasi lot yang sama; tapak Kolej Tunku Ampuan Mariam tadi; seluas lebih kurang 1 ekar setelah pihak ABIM Negeri Johor diberikan hak sewaan selama 10 tahun mulai Ogos 1996 untuk kawasan tanah wakaf seluas hampir empat ekar. Tapak baru mempunyai lebih banyak kemudahan berbanding tapak lama. Terdapat 12 buah bilik darjah, kantin, 2 buah makmal, padang serta beberapa kemudahan lain yang amat sesuai untuk sekolah.
---
Motto Sekolah SRI Johor Bahru “Pembentukan Insan Soleh” amat praktikal untuk melahirkan generasi hebat ummah. Mulai dengan hanya 32 orang murid tahun 1, Sekolah SRI Johor Bahru kini mempunyai lebih 300 orang murid untuk 12 kelas Tahun 1 hingga 6. Atas objektif penerapan sahsiah islamiah, kerohanian, keimanan, minat dan kecenderungan belajar, nilai Islam dan keikhlasan kepada Allah, ketrampilan hebat dan semangat penghayatan dan cintakan agama pada diri juga masyarakat, Sekolah SRI Johor Bahru masih tetap teguh berdiri biar berbagai rintangan perlu dihadapi.

6 comments:

Ab Razak Aripin said...

MOGA ALLAH AKAN MEMBANTU SEMUA ORANG YANG BERJUANG UNTUK KELANGSUNGAN SEKOLAH SRI JB. TAKBIR

rabitah said...

assalammualaikum,
saye tertarik dgn motto sekolah dan tujuan sekolah ini ditubuhkan. buat pengetahuan tuan/puan, saye pernah menulis email ke email sekolah yg tertera dilaman web sebelum ini kerana saya ingin melamar sebagai guru sandaran/sementare disekolah tuan. namun sampai sekarang tidak ade jawapan email atau perkembangan seterusnya.
harap pihak tuan/puan, dapat memberi sedikit waktu utk membaca resume yg saye emailkan di email sekolah ini beberape minggu yg lalu. saya juga kurang pasti, samada email yg tertera di laman web sekolah ini tempoh hari betul atau tidak.
sekian..maaf kerana telah lari dari topic asal.
wassalam.

Ab Razak Aripin said...

boleh emailkan semua di mmssrijb@gmail.com. kami akan bantu anda

Unknown said...

salamalaik..
mudah2an sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...Tahniah kerana terus bertapak walaupun banyak halangan,apa pun sekolah ini perlu lagi promosi coz saya tak pernah tahu kewujudannya...saya tolong kakak carikan sekolah agama swasta utk anaknya...alhamdulilah mujur juga ada info sekolah sri jb di di internet...

Ab Razak Aripin said...

TAHNIAH.. KINI BOLEH LAYARI www.srijb.com.my.
pendfataran online boleh dilakukan disana wassalam

lyna_ica said...
This comment has been removed by the author.